- Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
- 2 rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
- Wanita yang memberi
minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu
pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayani
dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad
- Wanita yang habiskan
malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit
akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Wanita yang memerah
susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli
tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
- Wanita yang menjaga
solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki
syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
- Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Jika wanita melayan
suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi
susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu
tahun solat dan puasa.
- Jika wanita memicit
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
- Wanita yang meninggal
dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
- Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Wallahua'lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.
No comments:
Post a Comment